Thursday, October 1

selamat jalan..

Allahyarham'
Amirul Hafiq Bin Azhar.
hanya tinggal kenangan yang terindah bersamamu wahai teman. saat kau menggelitik hatiku dan semua orang, aku tak akan lupa dengan semua itu. ingin aku mengucapkan terima kasih kerana sudi menemani ku dan sudi menjadi teman ku.
kau baik, kau adalah teman yang sejati, kau lucu. tidak pernah terlintas dalam hidupku melihat seseorang teman yang sukar sekali dan jarang untuk berasa murka dan marah kepada seseorang.
kau seorang yang periang dan ceria. kau bagaikan lilin yang bernyala untuk menerangi ruang yang sedang kegelapan.
kini, kau sudah tiada. kau sudah meninggalkan alam fana ini. kau meninggalkan kami dengan begitu sahaja. itu adalah satu kepergian besar yang sukar untuk diterima &dipercayai pihak ramai. kami bagaikan sedang mimpi, tapi kami silap. Astaghfirullah Halaziim.
hari jadi mu belum tiba. belum sempat aku ucapkan selamat hari jadi kepadamu. kau masih terlalu muda.
senyumanmu masih bermain difikiranku. kata-kata lucu masih terngiang-ngiang dikuping ku.
aku ingin kau tahu bahawa- aku sangat menghargai kau. masih sangat-sangat menghargai kau..
jika ini adalah ajalmu, aku redha. aku redha atas kepergianmu.

kau sakit tanpa diketahui.
hanya menahan segala rasa kesakitan yang menyakitkan itu.

kau tidur terlantar di atas katil.
hanya mendengar apa yang kami ingin sampaikan.
kini, kau pergi tanpa pesan.

hanya tangisan yang hangat berlinangan membasahi pipiku kerana kau sudah tidur buat selamanya. tidurlah dengan tenang kerana kesakitan itu tidak akan lagy menyakiti dirimu Awang..
selamat tinggal sahabatku.
aku berharap kau akan tenang di dunia yang suci dan dimasuki ke syurga bersama orang-orang yang alim. Amin Yaa'rabbal 'Alamiin.

semoga allah mencucuri rahmat ke atas mu. aku berharap kau akan sentiasa tenang disana.
sya sayang awang taw..